KAMPUNG
PADANG MANDOL - Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) di bawah kendalian Rukun
Tetangga (RT) berperanan membantu pihak polis mengurangkan kadar
jenayah berikutan kadar jenayah di KRT Padang Mandol semakin berkurangan.
Pengerusi
KRT Padang Mandol, Nawi Adek berkata, bila dilaksanakan rondaan SRS di
dalam kawasan RT Padang Mandol, bukan sahaja kadar jenayah kurang tetapi
mampu memupuk semangat perpaduan antara komuniti.
Menurutnya,
sejak SRS ditubuhkan tiga tahun lepas, setiap malam anggota SRS meronda
dalam KRT ini melibatkan Kampung Jal Kecik, Kampung Padang Mandol,
Kampung Kolam dan Kampung Atas Beris.
“Memang
ketara kejadian jenayah di kampung ini, ianya semakin berkurangan
semenjak ditubuhkan SRS. Lagi pun anggota SRS di sini seramai 137 orang
sentiasa memberi komitmen meronda walau pun ketika musim banjir sekali
pun,’ katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kerusi dan meja
daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Che Abdullah Mat
Nawi di sini, kelmarin.
Sumbangan
kerusi tersebut membantu KRT Padang Mandol dari segi kemudahan
infrastruktur memandangkan setiap kali diadakan mesyuarat, kerusi
terpaksa dipinjam.
Menurutnya,
kerjasama daripada golongan belia juga amat baik apabila 30 peratus
ahli SRS adalah golongan belia, menjadi anggota SRS membantu penduduk
kampung menjaga keamanan kampung.
“Suasana
di kampung ini agak sunyi waktu malam, berisiko berlaku kecurian, pecah
rumah, namun dengan kerjasama semua pihak termasuk penduduk kampung,
banyak perkara dapat dibendung,” katanya.
KRT
Padang Mandol ditubuhkan penghujung tahun 2008 dengan keahliannya
seramai 25 orang manakala anggota SRS pula seramai 137 dipecahkan kepada
dua unit untuk meronda di kawasan Padang Mandol dan Kampung Jal Kechik.